000000
X
PALESTIN
Blinken -Abbas Bincang Hubungan Dua Hala
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
5 September 2023 | 10.55 pagi
TEBING BARAT - Presiden Negara Palestin, Mahmoud Abbas, menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Negara AS Anthony Blinken, membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin dan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala. 

Presiden Mahmoud Abbas menegaskan, bahawa apa yang dilakukan oleh puak penjajah haram Israel dan tentera rejim Israel yang mengamalkan keganasan menjadi punca terjejasnya  hubungan dan penyelesaian dua negara tersebut. Ianya juga memusnahkan semua peluang untuk mencapai keamanan. Presiden Mahmoud Abbas juga menyeru pentadbiran AS untuk menerima Palestin serta mendukung usaha-usaha Palestin untuk mendapatkan keahlian penuh dalam PBB melalui keputusan Majlis Keselamatan, dan untuk menamatkan semua sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin dan menilai semula undang-undang AS dalam membina hubungan normal antara pentadbiran AS dan Negara Palestin, termasuk membuka semula konsulat AS di Baitul Maqdis dan pejabat untuk Palestin di Washington, dan memulihkan program bantuan langsung.

Sebaliknya, Presiden Abbas menekankan keperluan untuk mewajibkan pihak berkuasa Israel supaya menghentikan semua perbuatan agresif dan tindakan Israel yang sentiasa mengancam dan melakukan keganasan terhadap mereka, mematuhi perjanjian yang ditandatangani, dan menumpukan perhatian kepada ufuk politik.

Presiden Abbas menegaskan bahawa negara Palestin akan meneruskan usahanya di peringkat PBB untuk mendapatkan keahlian penuh dalam PBB, serta melaksanakan resolusi legitimasi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab dengan menamatkan kekejaman penjajah Israel di negara Palestin dan ibu kotanya Baitulmaqdis Timur, di sempadan 1967.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,045
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....