000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Menerima Kunjungan Menteri Ekonomi Jepun
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
4 September 2023 | 10.55 pagi
TEBING BARAT - Presiden Negara Palestin, Mahmoud Abbas menerima kunjungan daripada Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yasutoshi Nishimura di ibu pejabat presiden di bandar Ramallah, Tebing Barat pada petang Ahad lalu.

Presiden Abbas mengalu-alukan kunjungan menteri Jepun dan delegasi yang mengiringi, memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua negara dan rakyat, dan mementingkan kesepaduan dengan memenuhi kepentingan bersama antara Palestin dan Jepun.

Presiden Abbas menghargai pendirian Jepun dalam menyokong hak Palestin yang juga komited kepada resolusi legitimasi antarabangsa, dan sokongan berterusan yang diberikannya kepada rakyat Palestin untuk membina dan membela institusi kebangsaan Palestin dan memajukan ekonomi Palestin.

Dalam pada masa yang sama, Presiden Abbas juga memuji mesyuarat penting yang diadakan oleh menteri Jepun dengan ahli perniagaan ekonomi Palestin. Beliau juga berharap perbincangan dua hala tersebut dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara  Palestin dan Jepun, dapat meningkatkan pertukaran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. 

Menteri Jepun itu memperbaharui komitmen negaranya untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, dan menghasilkan hubungan yang lebih erat diantara rakyat Palestin dan Jepun.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,454
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....