000000
X
PALESTIN
Bandar Jenin Diserbu Lebih 40 Kenderaan Tentera Israel, Helikopter dan Dron
Oleh: Abdur Rahman Raji
4 September 2023 | 8.30 malam
Sebuah pasukan besar rejim tentera Israel yang dianggarkan melebihi 40 kenderaan tentera yang disokong oleh helikopter dan dron telah menyerbu bandar Jenin di utara Tebing Barat dan kem pelarian hari ini. 

Menurut sumber tempatan, penduduk warga Palestin di kawasan tersebut terpaksa berhadapan dengan pasukan rejim Israel tersebut sehingga empat orang mangsa telah cedera akibat terkena tembakan peluru yang dilepaskan.

Rejim Israel tersebut juga menahan tiga orang, yang mana dua daripadanya telah ditembak dan cedera, sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

Sumber tempatan juga menyatakan bahawa rejim tentera Israel yang menyamar dengan berpakaian biasa, telah berjaya memasuki kem pelarian tersebut yang kemudiannya identiti rejim tentera itu terdedah dan diserang.

Sejurus selepas itu, rejim tentera Israel telah menghantar beberapa kenderaan tentera untuk mengambil semula rejim tentera yang berpakaian biasa  tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,493
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....