000000
X
PALESTIN
Operasi Tangkapan ke Atas Warga Palestin Secara Besar-Besaran
Oleh: Abdur Rahman Raji
4 September 2023 | 7.30 malam
Rejim Israel hari ini menahan sekurang-kurangnya 11 orang Palestin di beberapa kawasan Palestin yang terjajah, semasa serbuan di rumah-rumah mereka termasuk seorang wanita berusia 59 tahun.

Menurut Kesatuan Masyarakat Tahanan Palestin (Palestinian Prisoner’s Society), rejim tentera Israel telah menahan Hanan Saleh Barghouti, 59, semasa serbuan di rumahnya di bandar Kobar, berdekatan dengan Ramallah.

Mereka menyatakan bahawa Barghouti adalah adik kepada Nael Barghouti, yang ditahan di Israel selama 43 tahun kerana menentang  jenayah penjajahan Israel. Dua anak lelakinya juga sedang menjalani tahanan administratif di Israel tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Selain itu, rejim tentera Israel juga menahan seorang penduduk lain dari keluarga yang sama, serta menahan seorang warga Palestin berusia 19 tahun dari kampung Kufr Malik, di timur Ramallah.

Di daerah Tubas, Lembah Jordan utara, seorang wanita berusia 60 tahun cedera di kepala akibat dari tembakan pecahan peluru semasa serbuan tentera Israel di bandar Tammoun dalam operasi menahan seorang aktivis berusia 25 tahun, yang ditahan di rumah keluarganya. Wanita tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,792
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....