000000
X
PALESTIN
Rakyat Palestin Maut Akibat Tembakan Jarak Dekat Tentera Israel
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
1 September 2023 | 12.15 tengahari
TEBING BARAT - Seorang pemuda Palestin yang cedera parah akibat tembakan jarak dekat tentera rejim Israel pagi tadi telah meninggal dunia, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan. Kejadian itu berlaku berhampiran perkampungan Beit Sira, barat Ramallah.

Kementerian Kesihatan berkata ia telah menerima pengesahan rasmi daripada Pihak Berkuasa Am Palestin bagi Hal Ehwal Awam bahawa Daoud Abdul-Razzaq Dars, 41, telah meninggal dunia akibat kecederaannya. Dars berasal dari kem pelarian Deir Ammar, barat Ramallah.

Awal hari ini, tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arah Dars selepas dia didakwa merempuh keretanya ke arah askar Israel di pusat pemeriksaan tentera berhampiran perkampungan Beit Sira. Serangan yang dikatakan merempuh itu mengakibatkan kematian seorang askar Israel dan kecederaan tiga pengganas Israel yang lain.

Dars kemudiannya telah ditangkap dalam keadaan kritikal oleh tentera rejim Israel dan dibawa menaiki ambulans milik Israel. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Pihak berkuasa Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia telah lama mengutuk penggunaan kekerasan maut yang kerap digunakan oleh tentera rejim Israel terhadap orang awam, dan telah menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan untuk menangani isu ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,617
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....