000000
X
PALESTIN
Tujuh Warga Palestin Kfar Qaddum Cedera Akibat Ditembak Peluru Getah
Oleh: Abdur Rahman Raji
1 September 2023 | 9.30 malam
Tujuh warga Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan peluru getah oleh rejim Israel, manakala puluhan lagi mangsa mengalami sesak nafas. Kejadian tersebut berlaku apabila pasukan rejim Israel membanteras protes mingguan warga Palestin menentang penjajahan Israel di bandar Kafr Qaddum, di wilayah Qalqilya, Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, pasukan rejim Israel melepaskan peluru getah serta gas pemedih mata yang berbahaya ke arah warga Palestin hingga mengakibatkan kecederaan parah dan kesesakan nafas akibat menghirup gas pemedih mata. Kecederaan parah mangsa  itu dirawat di tempat kejadian oleh pasukan Bulan Sabit Merah Palestin.

Kampung Kafr Qaddum sering menjadi tempat demonstrasi menentang penempatan Israel dan pengambilan tanah Palestin secara haram. Demonstrasi ini berfungsi sebagai platform bagi penduduk tempatan untuk menyuarakan penolakan mereka terhadap dasar-dasar penjajahan Israel yang berterusan yang melanggar hak-hak mereka dan menghalang kehidupan harian mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,860
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....