000000
X
PALESTIN
Pemuda Palestin Terbunuh Setelah Ditembak Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
31 Ogos 2023 | 10.30 malam
Seorang pemuda Palestin yang cedera kritikal akibat tembakan Israel pagi ini berhampiran kampung Beit Sira, barat Ramallah, telah meninggal dunia akibat kecederaannya, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Kesihatan, mereka telah menerima pengesahan rasmi dari Pihak Berkuasa Awam Palestin bahawa mangsa, Daoud Abdul-Razzaq Dars, 41 tahun, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk. Dars berasal dari kem pelarian Deir Ammar, di barat Ramallah.

Pada awal pagi tadi, pasukan rejim Israel menembak  Dars selepas beliau didakwa merempuh keretanya ke arah kawasan askar Israel di satu kawasan pemeriksaan ketenteraan berhampiran kampung Beit Sira. Dakwaan serangan merempuh ini mengakibatkan kematian seorang askar Israel dan kecederaan tiga penduduk penempatan.

Dars kemudiannya ditahan dalam keadaan kritikal oleh pasukan rejim Israel dan diangkut dengan ambulans Israel. Sejurus setelah itu, beliau kemudian diisytiharkan meninggal dunia.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,735
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....