000000
X
PALESTIN
Seorang Penceroboh Haram Israel Cedera Dalam Operasi Tikam
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
31 Ogos 2023 | 3.13 petang
Seorang penceroboh haram Israel cedera akibat ditikam di kawasan kejiranan Al-Musrara di bandar Baitulmaqdis pada petang Rabu semalam.

Pasukan tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arah seorang pemuda yang disyaki pelaku kepada operasi tersebut sehingga mengakibatkan pemuda tersebut mati syahid di tempat kejadian. 

Operasi tikaman tersebut mencederakan seorang penceroboh haram Israel yang berusia 25 tahun, beliau mengalami luka sederhana dengan beberapa tikaman di belakang badannya. 

Rejim Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar kawasan operasi tersebut. Serangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis semakin meningkat saban hari menyaksikan para pejuang bertindak balas terhadap kekejaman rejim Israel.

Pusat Maata telah memantau sebanyak 1132 tindakan operasi daripada para pejuang sepanjang bulan Julai yang lalu termasuk sebanyak 97 operasi yang melibatkan pertempuran bersenjata dan 33 daripadanya berlaku di Jenin.

Operasi para pejuang dilaporkan semakin meningkat dengan mengakibatkan kematian seramai 36 orang penceroboh haram Israel sejak awal tahun ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,127
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....