000000
X
PALESTIN
17 Rumah Warga Palestin Diberi Notis Henti Kerja-Kerja Pembinaan
Oleh: Abdur Rahman Raji
29 Ogos 2023 | 9.15 malam
Pihak rejim tentera Israel telah memberi notis untuk menghentikan kerja dan pembinaan 17 rumah di kawasan barat bandar Jericho di Tebing Barat.

Menurut seorang aktivis di Jericho, Alaa Fhaidat, rejim Israel telah menceroboh masuk ke al-Dyouk al-Tahta dan memberikan notis untuk menghentikan kerja dan pembinaan 17 rumah tersebut, di mana sebahagian daripadanya telah didiami dan dibina selama bertahun-tahun, manakala sebahagian yang lain masih dalam proses pembinaan.

Dalam tempoh dua tahun yang lepas, puluhan notis yang sama telah diberikan oleh pihak rejim kepada pemilik rumah di kawasan yang sama.

Minggu lalu, pihak rejim Israel telah meruntuhkan empat rumah dan memberikan notis untuk meruntuhkan empat rumah yang lain di kawasan berhampiran.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,983
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....