000000
X
PALESTIN
Operasi Rejim Israel Musnahkan Al-Bouira, Lokasi Strategik Bagi Warga Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
29 Ogos 2023 | 8.30 malam
Rejim tentera Israel telah meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat milik seorang warga Palestin di kawasan timur bandar Hebron di bahagian selatan Tebing Barat, yang dikenali sebagai al-Bouira.

Menurut sumber media tempatan, rejim Israel telah datang ke kawasan tersebut bersama jentolak, kemudian meratakan tanah dan meruntuhkan rumah yang dimiliki oleh penduduk warga Palestin tersebut.

Rejim tentera Israel itu juga telah menghalang wartawan serta orang awam daripada menghampiri kawasan kejadian ketika jentolak menjalankan kerja-kerja meruntuhkan rumah tersebut.

Al-Bouira dan kawasan berhampiran al-Baqa'a, yang dianggap sebagai lokasi sumber pencarian rezeki bagi penduduk Hebron, sedang menghadapi operasi pemusnahan oleh rejim tenteraIsrael. Kebanyakan tanah pertanian mula diratakan, rumah-rumah telah dirobohkan, dan kolam air yang digunakan oleh para petani untuk mengairi tanaman mereka turut dihancurkan untuk memaksa penduduk Palestin meninggalkan tanah mereka sehingga boleh diserahkan kepada penjajah Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,809
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....