000000
X
PALESTIN
Rumah Milik Warga Palestin Diroboh oleh Tentera Rejim Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
28 Ogos 2023 | 3.45 petang
Tentera rejim Israel hari ini telah merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di kawasan timur Hebron semasa mereka melancarkan operasi membersihkan dan meratakan tanah di sekitar kawasan Jericho dan barat Beitlahm.

Akibat daripada tindakan pihak rejim tersebut, penduduk mula bertindak balas dengan menghalang perobohan tersebut namun tentera rejim Israel bertindak kejam dengan menyerang mereka dan menangkap sebahagian daripada wartawan yang membuat liputan mengenai perobohan rumah milik penduduk Palestin tersebut.

Selain itu, langkah merobohkan rumah milik penduduk Palestin ini di kawasan kampung Al-Walaja barat Beitlahm merupakan sebahagian daripada langkah strategi pihak rejim Israel dalam usaha mereka untuk meningkatkan serangan ke atas penduduk Palestin.

Rejim Israel juga merobohkan sebuah tembok batu yang mengelilingi tanah milik keluar Kuntar salah seorang penduduk Palestin dengan alasan mereka tidak mempunyai permit.

Manakala di Al-Duyuk Al-Tahta, tentera rejim mengedarkan notis untuk menghentikan kerja dan pembinaan rumah di kampung tersebut di mana sebahagian daripanya sudah didiami beberapa tahun dan sebahagian lagi masih lagi dalalm proses pembinaan.

Tentera rejim Israel masih lagi meneruskan pencabulan hak asasi mereka terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dengan merancang untuk memindahkan mereka dari tanah-tanah mereka demi meneruskan projek penempatan untuk penceroboh Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,841
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....