000000
X
PALESTIN
Hamas Kecam Ratifikasi Pencerobohan Tanah Oleh Israel
Oleh: Hanis Zakwan Zainal Abidin
18 Ogos 2022 | 12.30 PM
BAITUL MAQDIS - Hamas menyatakan bahawa usaha penjajah untuk ratifikasi perancangan penempatan baharu di Baitulmaqdis akan memberi kesan buruk kepada tanah dan identiti bangsa Palestin. Percubaan terdesak pengyahudian ini tidak akan berjaya untuk melenyapkan kota suci ini dan menukarkan fakta sejarahnya.

Hamas menegaskan dalam satu kenyataan media menerusi jurucakapnya, Mohammed Hamada pada hari Rabu, bahawa mereka menolak cadangan ratifikasi oleh perbandaran penjajah Israel berkenaan pelan penempatan baharu di kota Baitulmaqdis.

Hamas mengingatkan bahawa jenayah Zionis ini akan berhadapan dengan kesatuan dan kegigihan orang Palestin dalam apa jua bentuk. Mereka ini telah membuktikannya dengan pengorbanan mereka yang berterusan mempertahankan Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang terjajah sentiasa di hati mereka.

Hamas menyeru pejuang Palestin agar terus sabar dan bertahan sebaik mungkin dalam menentang kezaliman penjajah dan projek pengyahudiannya di negara ini sehingga ia bebas dan kembali semula ke tangan orang yang berhak.

Pada itu, Ahli Parlimen Palestin, Mona Mansor mengingatkan, jika semakin rancak penempatan ini dibina, menyebabkan semakin banyak konfrontasi akan dihadapi anggota rejim penjajah dan peneroka haram Yahudi. Seruan konfrontasi telah pun bermula terutamanya di kota Baitulmaqdis, Rabat dan Hashad di Masjid Al- Aqsa.

Pelan penempatan baru ini, jika siap akan memutuskan hubungan di antara kota Baitul Maqdis dan Bayt Lahm dengan membina struktur bangunan yang tersusun dan sistematik yang melenyapkan garis pemisah sempadan Naksa (kekalahan 1967). – The Palestinian Information Centre
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,425
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....