000000
X
PALESTIN
5 Nelayan Palestin ditangkap Rejim Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
28 Ogos 2023 | 11.30 malam
Tentera laut rejim Israel hari ini telah menangkap beberapa orang nelayan warga Palestin yang sedang menangkap ikan di laut utara Semenanjung Gaza.

Menurut wartawan Shehab, tentera laut tersebut telah mengepung dua buah bot nelayan dan melepaskan tembakan pam air ke arah mereka lalu menangkap seramai 5 orang nelayan tersebut.

Jelasnya lagi, antara nelayan yang ditahan adalah termasuk 3 orang adik beradik iaitu Salim, Muhammad dan Hassan Jamal selain daripada mereka lagi ialah Waheed Keskin dan Ahmed Saeed. Serangan rejim Israel terhadap nelayan masih berterusan sehingga kini, pihak rejim menangkap mereka, menembak malah mengusir mereka daripada kawasan perairan dan mengoyak pukat mereka. Tindakan ini mendorong para nelayan melancarkan protes di pelabuhan Gaza untuk menuntut supaya sekatan rejim Israel dihentikan sepenuhnya. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,734
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....