000000
X
PALESTIN
Tiga Warga Palestin Cedera Akibat Ditembak Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
28 Ogos 2023 | 10.15 malam
  Sekurang-kurangnya tiga orang warga Palestin cedera akibat tembakan tentera Israel di kawasan berhampiran Jenin, yang mana ketiga-tiga mangsa itu merupakan sebahagian daripada 18 orang Palestin yang telah ditahan oleh rejim tentera Israel pagi ini.

Di kawasan Yabad, barat daya Tebing Barat pula, rejim askar Israel telah menembak empat lagi orang belia Palestin, serta menahan tiga orang daripada mereka, manakala individu yang keempat telah dibawa ke hospital di Jenin akibat mengalami kecederaan serius.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa operasi penahanan besar-besaran oleh rejim askar Israel di pelbagai lokasi, antaranya penahanan empat warga Palestin di Nablus, dan dua warga Palestin turut ditahan di bandar Hebron.

Selain itu, terdapat empat orang lagi mangsa yang ditahan semasa serbuan rejim tentera di dua kampung kawasan Ramallah, manakala terdapat seorang warga Palestin juga turut ditahan di Bandar Jerusalem Timur.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,057
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....