000000
X
PALESTIN
Ekstremis Israel Menyerang Orang Awam Palestin di Kampung Mazra'a al-Gharbiya
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
28 Ogos 2023 | 10.40 pagi
TEBING BARAT -  Menurut sumber keselamatan Palestin, sekumpulan puak pengganas Israel melakukan serangan terhadap orang awam Palestin di perkampungan Mazra’a al-Gharbiya, yang terletak di barat laut Tebing Barat, pada petang Sabtu.

Sumber berita tempatan memberitahu pemberita bahawa puak pengganas Israel telah masuk ke kawasan Na'lan di pinggir kampung dan menyerang penduduk Palestin yang cuba berdepan dengan mereka. Tiada kecederaan dilaporkan.

Perkampungan Mazra'a al-Gharbiya dan kawasan sekitarnya telah kerap kali mengalami insiden pencerobohan oleh pengganas Israel yang mendapat sokongan pihak penguasa Israel. Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan provokasi dan menyusahkan penduduk setempat.

Komuniti Palestin sering melaporkan kes gangguan, serangan dan kerosakan harta benda yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Israel namun tiada sebarang tindakan diambil. Puak pengganas Israel juga mendapat perlindungan dan dasar politik kotor yang membenarkan dan membiarkan puak pengganas Israel terus menyerang Palestin.

Pertubuhan antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia sering mengkritik keganasan puak Israel di Tebing Barat dengan menyatakan bahawa keganasan ini menjadi penyebab utama  kepada ketidakstabilan negara dan menggugat keamanan di rantau ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,060
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....