000000
X
PALESTIN
Persatuan Perubatan di Tebing Barat Rayu Tambahan Doktor Pakar di Hospital-Hospital
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
27 Ogos 2023 | 1.22 petang
Persatuan Perubatan di Tebing Barat mendakwa mereka hanya mempunyai 6 orang pembantu, manakala di bandar Jenin pula mereka tidak  mempunyai seorang pun pakar bedah untuk penyakit dada.

Persatuan tersebut menambah lagi di dalam hantarannya di ‘Facebook’ semalam mendakwa bahawa, “Terdapat kekurangan pakar yang teruk untuk bertanggungjawab merawat kecederaan terutamanya di beberapa kawasan yang sering dicerobohi tentera rejim di mana hospital-hospital ini tidak ada langsung doktor yang khusus untuk merawat penyakit-penyakit ini.”

Beliau berkata lagi di dalam hantaran tersebut dengan berkata, “Hospital Jenin memerlukan pakar bedah untuk sakit dada kerana terdapat pesakit yang penyakitnya telah kronik kerana kekurangan tenaga doktor dalam bidang ini, kami juga ada meminta daripada kementerian tetapi mereka tidak mengendahkan sedikit pun terhadap perkara ini.”

Persatuan tersebut menegaskan bahawa ia menggesa Kementerian Kesihatan supaya menyediakan doktor-doktor pakar dalam bidang ini dan menghantar mereka ke kawasan-kawasan yang memerlukan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,100
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....