000000
X
PALESTIN
12 Operasi Dilancarkan oleh Para Pejuang Sejak 24 Jam yang Lepas
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
26 Ogos 2023 | 11.45 tengahari
Para pejuang Palestin meneruskan jihad mereka menentang tentera Israel di sekitar Tebing Barat sepanjang 24 jam yang lepas.

Menurut Pusat Maklumat Palestin “Maata”, mereka telah mengesan sebanyak 12 operasi yang telah berlangsung dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk 4 operasi yang melibatkan tembakan senjata api, dua konfrontasi dengan penceroboh haram Israel dan 6 lagi konfrontasi melibatkan balingan batu yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang penceroboh Israel.

Di Ramallah, para pejuang telah melepaskan tembakan ke arah pasukan rejim Israel di Beit El di mana sebuah pertempuran telah meletus, penduduk Palestin telah bertempur dengan penceroboh haram Israel di sana.

Manakala di Kafr Dan, Jenin juga para pejuang dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah tentera rejim Israel dan turut berlaku pertempuran di sana.

Di bandar Qusra, Nablus pula penduduk Palestin telah bertindak balas terhadap serangan para penceroboh di mana mereka membaling batu ke arah tentera Israel.

Selain itu, di penempatan “Avni Hefetz” di Tulkarem, berlaku pertempuran antara para pemuda Palestin dengan pasukan tentera rejim Israel di Beitlehm.

Para pejuang di Hebron juga dilaporkan turut bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah tentera rejim Israel di mana berlakunya satu pertempuran yang ganas antara kedua-dua pihak.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,006
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....