000000
X
PALESTIN
Hamas Seru Masyarakat Antarabangsa Seret Ben Gvir ke Muka Pengadilan
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
25 Ogos 2023 | 4.04 petang
Gerakan Islam Hamas menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengecam kenyataan yang dilakukan oleh menteri ekstrimis Israel Ben Gvir, Hamas juga menyeru supaya kecaman ini diterjemahkan kepada langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meminta mereka bertanggungjawab diatas jenayah terhadap rakyat Palestin yang jelas telah melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa.

Gerakan itu juga menyatakan tolakannya terhadap kenyataan menteri tersebut dimana dia berkata bahawa beliau lebih berhak untuk berpindah ke Tebing Barat daripada berbanding penduduk Palestin. Kenyataan ini jelas berunsur perkauman  dan kenyataan yang bersifat fasis, malah Been Gvir juga menyeru supaya handa Hawara dikeluarkan daripada peta.

Hamas mengesahkan bahawa kenyataan ini datang dalam rangka kempen beliau sempena pembersihan etnik Palestin sejak tahun 1948 ditangan kumpulan Zionis dan penceroboh haram Israel yang disokong oleh pihka berkuasa Israel yang fasis.

Gerakan islam tersebut memberi penekanan bahawa rakyat Palestin akan terus bepegang teguh pada tanah air mereka dan semua percubaan untuk merebut tanah ini daripada mreka tidak akan berjaya. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,325
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....