000000
X
PALESTIN
Dua Warga Palestin Ditahan di Ramallah
Oleh: Abdur Rahman Raji
25 Ogos 2023 | 9.30 malam
Rejim tentera Israel hari ini telah menahan dua orang Palestin di wilayah sekitar Tebing Barat. Salah seorang daripada individu yang ditahan itu adalah Salah Al Khawaja, seorang penduduk bandar Na'lin, barat Ramallah. Beliau adalah bapa kepada As-Syahid Muataz Al Khawaja yang telah terbunuh akibat tembakan polis Israel pada 9 Mac yang lalu selepas didakwa terlibat dalam satu operasi tembakan di Tel Aviv.

Dalam kejadian lain di kampung Surda, di utara Ramallah, saksi mata berkata rejim tentera Israel telah menculik seorang lelaki muda, di hadapan Masjid Surda. Namun identiti individu yang diculik itu masih belum disahkan.

Hampir setiap hari, pasukan rejim Israel melancarkan serbuan ke atas komuniti Palestin untuk tujuan penahanan atau siasatan. Amalan ini, kebanyakannya dilakukan pada waktu malam, serta menjadi rutin di bawah pemerintahan rejim tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,915
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....