000000
X
PALESTIN
Sumber Ekonomi Rakyat Palestin Disekat, Pasar Ditutup
Oleh: Abdur Rahman Raji
25 Ogos 2023 | 8.30 malam
Rejim tentera Israel menutup pasar ternak pagi ini yang terletak di bandar Hebron, di selatan Tebing Barat, menurut sumber penduduk tempatan.

Rejim tersebut telah menyekat pintu masuk ke pasar yang terletak di kawasan Al-Fahs di pinggiran selatan Hebron, lantas menghalang para peniaga dan petani untuk memasuki ke kawasan tersebut.

Pasar ternak di Hebron, yang dijalankan setiap Jumaat, merupakan titik pertemuan untuk para petani dan peniaga ternakan dari pelbagai kawasan negara untuk saling menjalankan aktiviti ekonomi perniagaan. Penutupan ini telah mengganggu aktiviti ekonomi penting bagi ramai penduduk Hebron dan kawasan sekitarnya.

Penutupan ini juga menambah situasi getir yang dihadapi oleh rakyat Palestin di wilayah Palestin yang tinggal di bawah penjajahan tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,997
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....