000000
X
PALESTIN
Israel Memaksa Seorang Warga Palestin untuk Merobohkan Sendiri Rumahnya di Sur Baher
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
25 Ogos 2023 | 10.40 pagi
BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel hari ini memaksa Ayman Dabash, seorang penduduk Palestin di Baitulmaqdis untuk merobohkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Sur Baher. Kawasan itu terletak di wilayah tenggara ibu kota Baitulmaqdis. Pihak berkuasa Israel memberi alasan bahawa pembinaan rumah itu ialah tanpa kebenaran dan perlu dirobohkan.

Sumber tempatan berkata Ayman Dabash tidak mempunyai pilihan selain melakukan perobohan itu sendiri untuk mengelakkan penalti  besar yang dikenakan oleh pasukan Israel. Tindakan awal ini diambil untuk mengelakkan beban kewangan yang akan dikenakan sekiranya jentera tentera Israel melakukan perobohan.

Insiden itu membuktikan cabaran berterusan yang dihadapi oleh penduduk asli Palestin di Baitulmaqdis berikutan peraturan ketat pihak berkuasa Israel mengenai permit pembinaan. Keadaan ini sering menyebabkan ramai rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan, memaksa mereka membuat keputusan sukar seperti merobohkan rumah sendiri untuk meminimumkan beban kewangan yang dikenakan oleh pasukan tentera Israel.

Walaupun rakyat Palestin berada di Baitulmaqdis Timur, sebahagian daripada Wilayah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang telah tertakluk kepada kependudukan tentera Israel sejak 1967, mereka dinafikan hak kewarganegaraan dan sebaliknya hanya diklasifikasikan sebagai "penduduk" yang permitnya boleh dibatalkan jika mereka berpindah dari bandar ini selama lebih daripada beberapa tahun.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,017
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....