000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Mempengerusikan Majlis Revolusi Fatah sesi ke-11
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
25 Ogos 2023 | 10.00 pagi
TEBING BARAT - Presiden Mahmoud Abbas mempengerusikan Majlis Revolusi Pergerakan Fatah sesi ke-11 di Ibu Pejabat Presiden di Ramallah. Sesi yang diadakan di bawah tema ‘’As-Syahid Mejar Jeneral Ibrahim Al-Masri dan Mejar Jeneral Qadri Abu Bakr’’ itu dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Fatah.

Dalam ucapannya, Presiden Abbas membincangkan tentang perkembangan politik terkini dan situasi semasa perjuangan Palestin dalam semua bidang. Beliau juga memberi pendedahan kepada ahli Majlis Revolusi mengenai usaha serantau dan antarabangsa yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan negera-negara Arab dan antarabangsa dalam usaha Palestin untuk melindungi hak kerakyatan mereka serta menghentikan pencerobohan Israel yang berterusan terhadap tanah dan tapak suci kita.

Presiden Mahmoud Abbas menekankan solidariti global yang bersatu padu dalam perjuangan Palestin ketika rakyat Palestin sedang meneruskan perjuangan mereka untuk mencapai hak, keadilan dan kebebasan. Beliau menggariskan kepentingan untuk mematuhi hak-hak negara yang sah dan garis panduan yang ditetapkan oleh perundangan antarabangsa.

Dalam kenyataanya lagi, beliau menegaskan bahawa rakyat dan kepimpinan Palestin tidak akan membenarkan rancangan Israel berjaya. Perancangan penduduk Israel itu bertujuan untuk menguasai tanah Palestin dan memonopoli hak-hak kerakyatan Palestin melalui pelaksanaan agenda mereka yang disokong oleh kaum dan rejim Israel.

Sikap rakyat Palestin yang tidak menggunakan keganasan dan tetap tenang dalam kemelut yang berlaku mendapat pujian daripada Presiden Mahmoud Abbas. Beliau yakin dan mengesahkan usaha rakyat Palestin untuk mencapai matlamat yang diingini akan tercapai. Walaubagaimanapun, beliau menekankan perlunya usaha bersepadu untuk mendedahkan wajah sebenar Israel di hadapan dunia. Beliau mengulangi bahawa rakyat kita berhak mendapat kebebasan dan kemerdekaan seperti negara-negara bebas lain di dunia.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,454
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....