000000
X
PALESTIN
Keberanian Hamas Bangkang Strategi Israel Membina Petempatan Yahudi di Baitul Maqdis
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
17 Ogos 2022 | 10.34 PM
BAITUL MAQDIS - Menerusi jurucakap pergerakan Hamas di Baitul Maqdis, Muhammad Hamada berkata, Hamas menolak dan enggan menyokong ratifikasi strategi Israel dalam membina penempatan baharu Yahudi di Baitul Maqdis.

Beliau juga menambah bahawa Hamas sedang menggariskan beberapa rancangan untuk membantah strategi Israel ini demi mempertahankan hak umat Islam di tanah Palestin, seterusnya mengekalkan sejarah sebenar dan kesucian kota Baitul Maqdis.

Tambahan itu, Muhammad Hamada turut menegaskan bahawa strategi Israel dalam membina penempatan baharu Yahudi di Baitul Maqdis ialah sebuah jenayah besar dan pihak Israel perlu bersedia dengan penentangan yang hebat daripada rakyat Palestin.

Beliau berkata, rakyat Palestin telah berjuang dan berkorban seluruh jiwa dan tenaga demi mempertahankan tanah umat Islam di Tebing Barat, dan Baitul Maqdis membuktikan titik hati mereka bertaut.

Pada akhir ucapannya, beliau menyeru rakyat Palestin supaya sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi pengkhianatan Zionis Israel dan rancangan penyahudian mereka. Beliau mengakhiri ucapannya dengan kata-kata yang sangat mengesani jiwa.

“Kami akan mempertahankan tanah kami dan hak negara kami sehingga pembebasan Palestin”. – Agensi Shehab
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,246
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....