000000
X
PALESTIN
"Tempat Menteri Kabinet Israel Bukan di Tanah Palestin", Kata Rawhi Fattouh
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
24 Ogos 2023 | 9.40 pagi
TEBING BARAT - Rawhi Fattouh, Speaker Majlis Kebangsaan Palestin, hari ini berkata tempat  peneroka dan menteri kabinet Israel yang bersifat perkauman adalah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), bukannya tanah Palestin. .

Fattouh menjawab kenyataan Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant, di mana beliau menyatakan semasa pertemuannya dengan pemimpin peneroka Israel, ‘’tempat di mana Israel tidak mempergiatkan penempatan, terdapat keganasan" menyifatkan kenyataan ini sebagai seruan eksplisit untuk menggalakkan keganasan.

"Tempat penjajah, pemimpin dan menteri kerajaan Israel yang bersifat perkauman adalah di ICC, bukan tanah Palestin. Di mana sahaja markas askar dibina pasti terdapat keganasan," kata Fattouh dalam satu kenyataan.

“Kehadiran penjajah bersenjata Israel di jalanan dan bandar-bandar kita serta pembunuhan, keganasan, pembakaran, dan kecurian mereka adalah puncak keganasan. Pencerobohan terhadap tanah Palestin, wanita dan kanak-kanak adalah keganasan negara. Ianya telah dijenayahkan oleh undang-undang antarabangsa dan dianggap jenayah perang,” katanya lagi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,511
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....