000000
X
PALESTIN
Operasi Pejuang di Tebing Barat Berjaya Gusarkan Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
23 Ogos 2023 | 12.42 PM
Pihak pendakwa tentera mendakwa bahawa pelaku operasi “Eli” telah berhubung dengan Hamas di Gaza dan menerima bayaran daripada operasi tersebut. Hasil daripada operasi tersebut seramai 4 orang pendatang Israel telah terbunuh.

Pada 20 Jun lalu, dua pemuda Palestin telah ditembak mati oleh tentera berhampiran dengan kawasan penempatan “Eli” di Tebing Barat, mereka disyaki terlibat dengan pembunuhan yang menyebabkan kematian 4 orang pendatang Israel dan 4 lagi mengalami kecederaan.

Dua syuhada pemuda Palestin tersebut ialah Muhannad Faleh Shehadah 26 tahun dan Khaled Mustafa Sabah 24 tahun berasal dari bandar Orif.

Pada masa yang sama, salura Al-Jazeera yang memetik daripada sumber Hamas melaporkan, “Para pelaku operasi Hebron semalam adalah daripada gerakan tersebut”.

Selain itu, pada hari ini tentera Israel telah menangkap seramai dua orang lagi iaitu adik beradik dari Hebron dengan dakwaan mereka adalah pelaku operasi yang menyasarkan para pendatang berhampiran penempatan “Kiryat Arba” di Hebron, operasi tersebut mengakibatkan kematian seorang wanita pendatang Israel dan mecederakan seorang lagi mangsa, pelaku dipercayai menggunakan senjata jenis automatik.

Briged Syahid Izzudin Al-Qassam mendakwa beberapa siri operasi yang berlaku di Tebing Barat adalah adalah daripada para pejuang mereka, operasi ini telah mengakibatkan pembunuhan dan mendatangkan kecederaan kepada puluhan pendatang dan tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,117
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....