000000
X
PALESTIN
Rumah Rakyat Palestin Diceroboh dan Diserang oleh tentera Israel, Tiga Ahli Keluarga Cedera
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
23 Ogos 2023 | 11.20 tengahari
HEBRON - Tiga ahli keluarga cedera selepas diserang secara fizikal oleh peneroka Israel di kampung Tuba pada petang semalam kata seorang aktivis tempatan.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan, Fuad Al-Amour berkata beberapa peneroka Israel di bawah perlindungan pasukan berkuasa Israel bertindak menyerang rumah Omar Abu Jundiyeh serta menyerang ahli keluarganya dengan kayu dan peralatan tajam. Mereka juga menyembur gas pemedih mata lada berbahaya kepada mangsa yang mengakibatkan mangsa mengalamai sesak nafas. Tiga ahli keluarga yang lain pula mengalami kecederaan. Semua mangsa telah diberikan rawatan yang diperlukan oleh krew ambulans selepas kejadian berlaku.

Sumber juga melaporkan tentera Israel merampas kenderaan sah yang dimiliki oleh seorang penduduk tempatan, selepas menyerbu komuniti Tabbaneh di Masafer Yatta pada Selasa lalu.

Pasukan tersebut juga telah merampas kenderaan yang sama beberapa bulan lalu dan mengembalikannya selepas memaksa pemiliknya membayar denda 7000 shekel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,902
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....