000000
X
PALESTIN
Peneroka Israel Membiarkan Ternakannya Meragut Tanaman di Tanah Persendirian Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
23 Ogos 2023 | 10.40 pagi
TEBING BARAT -  Seorang peneroka Israel hari ini melepaskan haiwan ternakannya dan membiarkan ia meragut tumbuhan di tanah persendirian Palestin di perkampungan Burqa, timur bandar Ramallah, menurut sumber tempatan.

Sumber memberitahu pemberita bahawa seorang peneroka Israel menyerbu tanah Palestin di Barat Laut bandar tersebut. Peneroka itu juga melepaskan dan membiarkan haiwan ternakannya berkeliaran serta meragut tumbuhan sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

"Keganasan peneroka Israel telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Palestin. Pasukan keselamatan Israel membenarkan tindakan ini, yang mengakibatkan rakyat Palestin terpaksa menanggung risiko kecederaan, kematian serta kerosakan kepada tanah dan harta benda. Dalam beberapa kes, mereka juga bertindak sebagai pengiring bersenjata atau turut menyertai serangan terhadap penduduk Palestin" kata pusat maklumat hak asasi manusia Israel di wilayah yang diduduki, B'Tselem.

Dalam kenyataan B'Tselem lagi katanya, "Jika dibuka kertas siasatan sekalipun, biasanya ditutup tanpa sebarang tindakan diambil terhadap pelaku sebagai sebahagian daripada kelonggaran dasar yang tidak diisytiharkan. Kesan jangka panjang daripada keganasan ini ialah pelucutan hak milik rakyat Palestin di tanah mereka sendiri. Merujuk kepada kawasan jajahan yang semakin meningkat di Tebing Barat, menjadikannya lebih mudah untuk Israel mengambil alih tanah dan hasil bumi tempatan"
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,053
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....