000000
X
PALESTIN
Dron Pejuang Palestin Berjaya Gagalkan Sistem Pertahanan "Iron Dome"
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
22 Ogos 2023 | 2.33 petang
Pada hari Isnin 21 ogos 2023, saluran media Ibrani Khan melaporkan bahawa sistem pertahanan Israel “Iron Dome” telah gagal menghadapi ancaman dron yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza.

Saluran Ibrani tersebut menambah lagi bahawa peluru berpandu Iron Dome tidak berjaya menembak jatuh dron yang terbang diatas langit wilayah Semenanjung Gaza.

Menururt saluran itu lagi, tentera Israel terpakasa membuka fail siasatan mengenai sebab kegagalan sistem tersebut dan ini adalah merupakan kali kedua pihak pejuang Paleestin melancarkan dron di langit Gaza dalam masa satu hari sahaja.

Semasa perang 2014, pejuang Palestin mendedahkan buat pertama kali bahawa mereka mempunyai pesawat bernama “Ababil” yang menunjukkan ianya terdapat 3 jenis pesawat iaitu, pesawat peninjau, pesawat serangan dan pesawat bunuh diri.

Hanya selepas beberapa tahun daripada pendedahan tersebut, pejuang mengumumkan mereka mempunyai pesawat jenis terbaru iaitu pesawat bunuh diri.

Semasa peperangan Saif Al-Quds, Briged Al-Qassam mendedahkan bahawa mereka mempunyai dron jenis baru yang merupakan versi naik taraf daripada pesawat “Shahab”, pesawat dron tersebut digunakan untuk operasi didalam kawasan “Israel”.

Walaubagaimanapun, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka telah menggunakannya semasa berlaku perarakan di Jenin tmepoh hari. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,741
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....