000000
X
PALESTIN
Perdana Menteri: Dasar Hukuman Kolektif Israel Hanya Akan Meningkatkan Daya Tahan Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
22 Ogos 2023 | 12.10 tengahari
RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh hari ini berkata bahawa serangan pengganas Israel terhadap bandar Hawara dan kampung-kampung lain berhampiran Nablus sepanjang dua hari lalu dan dasar hukuman kolektif serta pencerobohan Israel hanya akan meningkatkan daya tahan dan kekuatan rakyat Palestin.

Bercakap pada permulaan mesyuarat kabinet mingguan yang diadakan di Ramallah, Perdana Menteri mengecam gesaan oleh pendatang Israel dan slogan yang dilaungkan oleh menteri kabinet pelampau Israel untuk menghapuskan bandar Hawara, selatan Nablus.  Terdahulu, dua warga Israel terbunuh dalam satu tembakan di kawasan tersebut.

Selepas serangan itu, penguasa Israel menutup semua pintu masuk ke bandar Nablus dan kawasan berhampiran serta menghalang pergerakan orang awam di jalan raya sebagai satu bentuk hukuman terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri Palestin itu juga mengutuk dan menyifatkan kejadian mengukir Bintang Daud di muka seorang pemuda Palestin dari Baitulmaqdis itu sebagai jenayah ngeri yang dilakukan oleh tentera Israel. Katanya lagi, perbuatan tidak bermoral itu mendedahkan kebiadaban dan sadisme yang digalakkan oleh perbuatan dan kata-kata. Tegasnya lagi, Menteri kabinet kanan Israel mesti dihadapkan ke mahkamah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,341
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....