000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Menyerang Beberapa Kawasan di Hebron dengan Melepaskan Gas Pemedih Mata Toksik Berbahaya
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
22 Ogos 2023 | 10.45 pagi
HEBRON - Berpuluh-puluh rakyat Palestin lemas petang semalam akibat serangan gas pemedih mata beracun yang dilepaskan oleh tentera Israel. Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata di beberapa kawasan di bandar Hebron dan di pintu masuk bandar serta kampung di daerah itu.

Tentera Israel dilaporkan menguasai kawasan di Jambatan Beit Kahil dan Halhul serta di kawasan Bab al-Zawyeh di pusat Bandar. Mereka menyerang rakyat Palestin dengan bom tangan dan gas pemedih mata. Berpuluh-puluh mangsa dirawat di tempat kejadian akibat lemas gas pemedih mata.

Mereka juga bertindak menutup semua pintu masuk ke bandar Hebron di selatan Tebing Barat dan pekan serta kampung berhampiran berikutan serangan tembakan menyasarkan penceroboh berhampiran pintu masuk selatan ke bandar itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,653,461
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....