000000
X
PALESTIN
Israel Curi Sumber Air Rakyat Palestin - Kementerian Luar Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
21 Ogos 2023 | 9.15 malam
Kementerian Luar Negeri dan Rakyat Palestin hari ini menegaskan krisis air di kawasan Tebing Barat adalah berpunca daripada kes Israel yang mencuri air milik rakyat Palestin.

Kementerian tersebut mengutuk perbuatan itu dalam satu kenyataan apa yang mereka gambarkan sebagai polisi Israel yang menggagalkan rakyat Palestin, serta menganggapnya sebahagian daripada polisi jenayah kolektif mereka.

"Tindakan ini adalah kesinambungan daripada peperangan terbuka penjajah terhadap kewujudan Palestin dan tindakan kolonial mereka untuk mempercepat penjajahan berperingkat yang dinyatakan dan tidak dinyatakan terhadap Tebing Barat yang diduduki, dan untuk mencipta persekitaran kolonial untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka," kata Kementerian Luar Negeri.

Pihak rejim Israel telah mencuri air yang menjadi hak rakyat Palestin dan menjual jumlah yang sedikit kembali kepada mereka sehingga krisis air berlaku pada kebanyakan hari dalam setahun, terutamanya pada musim panas, dan jumlah air yang diperuntukkan kepada beberapa wilayah, seperti Bethlehem dan Hebron, sengaja dikurangkan semasa gelombang panas baru-baru ini, demikian kata kementerian itu.

Kementerian Luar Negeri mendakwa Israel melancarkan perang sabotaj terbuka terhadap semua sumber air Palestin, termasuk pemusnahan telaga dan takungan air, dan mencegah rakyat Palestin daripada menggali lebih banyak telaga dengan alasan tidak mempunyai lesen, yang tidak pernah diberikan sekalipun.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,887
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....