000000
X
PALESTIN
OIC Tegaskan Status Al-Aqsa Sebagai Hak Milik Umat Islam Sahaja
Oleh: Abdur Rahman Raji
21 Ogos 2023 | 8.30 malam

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) hari ini mengingatkan umat Islam tentang ulang tahun yang ke-54 peristiwa hitam pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh seorang penganut fanatik Yahudi.

Dalam kenyataannya, OIC menekankan perlunya mengekalkan status undang-undang dan sejarah tempat suci Islam di bandar terjajah Baitulmaqdis, terutamanya Masjid Al-Aqsa Al-Haram Ash-Sharif, dengan seluruh kawasannya seluas 144 dunum, sebagai tempat ibadat yang murni untuk umat Islam sahaja.

OIC juga mengesahkan bahawa bandar Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin, juga sebahagian daripada wilayah Palestin yang dijajah pada tahun 1967 dan menolak sebarang langkah atau keputusan yang bertujuan untuk mengubah karakter geografi atau demografi bandar tersebut. Turut ditegaskan sebarang cubaan untuk menegakkan dakwaan Israel untuk memiliki bandar dan tempat-tempat suci di sana, adalah sebuah tindakan yang tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.

"Seperti yang dinyatakan oleh OIC, dalam kesempatan ini, penghargaan dan perasaan kagum diberikan kepada rakyat Palestin yang terus teguh di atas tanah mereka, mempertahankan tempat-tempat suci mereka, mengukuhkan kembali solidariti dan sokongan tidak berubah terhadap hak-hak nasional mereka yang sah, dan mengajak kita untuk mengukuhkan sokongan, solidariti, dan bantuan kepada bandar Al-Quds dan penduduk di sana," jelas kenyataan OIC.

X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,816
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....