000000
X
PALESTIN
Israel Mengganas di Bandar Aqraba
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
20 Ogos 2023 | 4.18 petang
Semalam pasukan tentera Israel melancarkan operasi serbuan dan mencari di beberapa kawasan di dalam wilayah Nablus sebagai tindak balas mencari pelaku operasi di Hawara yang mengakibatkan kematian dua orang pendatang Israel.

Pasukan tentera Israel telah menyerbu Masjid Omar Bin Al-Khattab di bandar Aqrab, selatan Nablus, mereka juga memecahkan pintu pasar raya dan merampas kamera pengawasan di dalam pasar raya tersebut.

Kedai-kedai di bandar Aqraba tidak membuka perniagaan mereka hari ini memandangkan serangan tentera masih berterusan di dalam bandar tersebut, manakala pintu masuk utama telah menjadi tempat berek tentera Israel

Selain itu, tentera Israel telah menangkap seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Bani Fadl dan bapanya Issa Bani Fadl, tentera menyerbu rumah mereka di bandar Aqraba.

Para pejuang di kalangan pemuda Palestin juga bertindak balas dengan melempar bom molotov ke arah tentera Israel di bandar tersebut.

Persatuan Bulan Sabit Merah menyatakan seorang jurukamera cedera terkena bom gas yang meletup di kaki beliau, beliau sudah mendapatkan rawatan di klinik di bandar Beita.

Selain itu juga, seramai empat orang penduduk Palestin cedera apabila tentera Israel memnyerbu kem penempatan di Tulkram sejurus selepas itu berlaku penentangan ke atas tentera Israel yang menceroboh di kem penempatan tersebut.

Dua orang pemuda dilaporkan cedera apabila dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda milik tentera Israel semasa operasi di Tulkram.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,493
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....