000000
X
PALESTIN
Pemuda Palestin Meninggal Dunia Akibat Ditembak di Kepala
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 Ogos 2023 | 9.00 malam
Seorang pemuda Palestin yang cedera kritikal tiga hari yang lalu akibat tembakan tentera Israel di bandar Nablus di bahagian utara Tebing Barat, telah meninggal dunia hari ini akibat kecederaannya.

Mangsa bernama Mohammad Abu Asab, 19 tahun, telah ditembak di kepala dan cedera serius semasa serangan tentera Israel ke atas kem pelarian Balata di Nablus pada hari Rabu yang lepas.

Rejim tentera Israel itu telah berjaya meresap masuk ke kawasan tersebut dan mengepung sebuah rumah. Setelah itu berlaku pergaduhan ganas, di mana askar-askar tersebut melepaskan bom, gas pemedih mata, dan peluru hidup ke arah belia-belia yang ada di kawasan tersebut hingga mengakibatkan kecederaan serius kepada Abu Asab dan kecederaan kepada seorang lagi yang diculik oleh rejim penjajah, serta mengakibatkan 85 kes keracunan gas.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,058
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....