000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Rampas Mesin Konkrit, Rosakkan Bahan Binaan Perumahan
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 Ogos 2023 | 8.30 malam
Rejim tentera Israel telah merampas sebuah mesin adun konkrit hari di kawasan komuniti Arab al-Zawaidin Masafer Yatta, terletak di selatan Hebron di Tebing  Barat.

Fouad al-Amour, seorang aktivis Palestin tempatan, menyatakan bahawa pihak rejim Israel cuba merosakkan infrastruktur di kawasan tersebut dengan menghalang kedatangan jentera pembinaan dan bahan-bahan.

Semalam, rejim tentera Israel merampas sebuah buldozer ketika dalam perjalanan menuju ke Masafer Yatta. Mereka juga merampas bahan pembinaan yang digunakan untuk pengubahsuaian sebuah tempat kediaman dan struktur lain.

Menurut Al-Amour, tindakan-tindakan Israel ini adalah sebahagian daripada strategi yang diarahkan untuk menghalau penduduk Palestin dari tanah mereka bagi memudahkan penjajahan penempatan di kawasan ini dan tempat lain.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,654
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....