000000
X
PALESTIN
1000 Tahanan Warga Palestin Meneruskan Mogok Lapar Mereka Tanda Protes
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
18 Ogos 2023 | 10.45 malam
Lebih 1000 orang tahanan Palestin daripada semua penjara Israel meneruskan mogok lapar mereka secara terbuka sebagai protes terhadap pencerobohan yang berterusan dilakukan oleh Israel.

Keadaan semakin tegang dan berterusan di semua penjara berikutan penderaan, pencabulan hak dan pemindahan berlaku sewenang-wenangnya di penjara Negev.

Manakala di pihak pentadbiran penjara pula, mereka melancarkan operasi penderaan dan penindasan tanpa henti kepada tahanan Palestin yang menentang dasar mereka.

Menurut tahanan, mereka tidak akan tunduk kepada peraturan-peraturan Israel dan akan kekal sebagai barisan hadapan dan akan mengajar musuh satu lagi jenis perjuangan jika mereka masih meneruskan pencerobohan ke atas tanah air mereka.

Rakyat Palestin yang lain melancarkan sokongan mereka dan mengadakan perarakan besar-besaran  untuk menyokong tahanan Palestin yang berada dipenjara Israel.

Seruan itu menggesa supaya mereka keluar beramai-ramai selepas solat Jumaat  sebagai tindak balas kemarahan rakyat Palestin terhadap kekejaman Israel terhadap tahanan. 

 Mereka menegaskan bahawa seruan itu perlu disampaikan lagi kepada pemuda-pemuda di Tebing Barat dan di tempat-tempat yang berdekatan dengan wilayah yang dijajah supaya mengingatkan mereka tentang penderitaan para tahanan di dalam penjara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,505
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....