000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Rampas Pagar Tanah Palestin, Bina Penempatan Haram Yahudi Terbaru
Oleh: Abdur Rahman Raji
18 Ogos 2023 | 9.45 malam
Rejim tentera Israel merampas pagar pembatas hari ini yang telah dipasang untuk melindungi sebidang tanah warga Palestin di dalam kampung Farkha, di sebelah barat Salfit di Tebing Barat menurut sumber tempatan.

Manakala penduduk haram Yahudi lain, di bawah perlindungan pasukan penjajah rejim Israel, juga telah merampas pagar pembatas dari tanah di kawasan Batn yang terletak di barat kampung, kata sumber-sumber tempatan. Mereka cuba menyerang penduduk tempatan yang berada di kawasan itu, bersama-sama dengan aktivis solidariti antarabangsa. Penduduk haram Yahudi itu menghalang warga Palestin daripada mengakses tanah mereka.

Pihak berkuasa Palestin telah memanggil pihak antarabangsa untuk campur tangan dalam mengawal aktiviti sedemikian yang melanggar undang-undang antarabangsa dan memburukkan lagi situasi yang sudah kompleks di kawasan ini. Kejadian ini menunjukkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dalam melindungi tanah dan hak-hak mereka dalam menghadapi keganasan penduduk haram Yahudi  secara berterusan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,688
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....