000000
X
PALESTIN
Penduduk Israel Menyerang Wanita Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
18 Ogos 2023 | 11.20 tengahari
HEBRON - Seorang wanita Palestin cedera malam tadi selepas dilanggar oleh penduduk Israel di kawasan kejiranan Tel Rumeidah di bandar Hebron yang terletak di Tebing Barat, menurut saksi kejadian.

Seorang penduduk Israel yang sedang menunggang motosikal itu bertindak merempuh ke arah wanita Palestin yang sedang berjalan, menyebabkan dia lebam dan luka, kata saksi. Wanita Palestin itu diberikan rawatan segera oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian.

Sementara itu, penduduk Israel yang lain bertindak menyerang beberapa rumah di kawasan kejiranan dan mengganggu penduduk dikawasan tersebut, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Keganasan penceroboh Israel terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah perkara biasa yang sering berlaku di Tebing Barat, dan sentiasa disokong oleh kerajaan Israel yang berhaluan kiri dan bersifat kejam.

Lebih 700,000 penceroboh Israel secara haram menduduki bahagian Tebing Barat yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan norma-norma yang ditetapkan. Undang-undang itu melarang pemindahan penduduk awam di kawasan kawalan tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,920
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....