000000
X
PALESTIN
Israel lanjutkan Pengasingan Pesakit Mental Manasra
Oleh: Mohd Qutaibah Ismail
17 Ogos 2022 | 12.32 PM
RAMALLAH - Mahkamah Israel di Beersheba semalam melanjutkan tempoh pengasingan tahanan Palestin Ahmad Manasra, 20, walaupun keadaan mentalnya kritikal, menurut peguam Khaled Zabarqa.

Beliau berkata, mahkamah atas permintaan Perkhidmatan Penjara Israel, memutuskan untuk mengekalkan Manasra dalam pengasingan, bermula dari 21 Mei hingga 21 November.

Zabarqa berkata Perkhidmatan Penjara bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keadaan mental dan kesihatan Manasra kerana pengasingan tersebut malah merosakkan kesihatannya.

Manasra berusia 13 tahun ketika ditangkap berikutan serangan tikaman di Baitulmaqdis. Dia dilayan dengan buruk semasa  awal penahanannya sehingga dia disahkan mengidap skizofrenia.

Sekumpulan 36 ahli psikologi telah merayu kepada presiden Israel untuk mengampuni Manasra kerana kesihatan mentalnya. - WAFA
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,984
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....