000000
X
PALESTIN
Penguasa Israel Mengenakan Denda Tanpa Sebab ke atas Pemilik Kedai Berwarganegara Palestin di Baitulmaqdis
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
18 Ogos 2023 | 12.00 tengahari
BAITULMAQDIS - Pihak penguasa cukai Israel mengenakan denda yang tidak munasabah tanpa sebarang alasan terhadap beberapa pemilik kedai berwarganegara Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, menurut saksi kejadian.

Kakitangan Pihak Berkuasa Cukai Israel yang diiringi polis Israel menyerbu beberapa kedai milik rakyat Palestin di Jalan Sultan Sulayman dan Salah ad-Din di Kota Lama Baitulmaqdis serta menjatuhkan hukuman denda yang tidak munasabah kepada pemilik kedai.

Rakyat Palestin tinggal di Baitulmaqdis Timur, merupakan wilayah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu walaubagaimanapun tertakluk dibawah kekuasaan tentera Israel sejak 1967. 

Rakyat Palestin yang merupakan warganegara sah di tanah mereka sendiri, dinafikan hak kewarganegaraan dan sebaliknya hanya diklasifikasikan sebagai "penduduk" yang permitnya boleh dibatalkan jika mereka berpindah dari bandar itu selama lebih daripada beberapa tahun.

Mereka juga didiskriminasi dalam semua aspek kehidupan termasuk perumahan, pekerjaan dan perkhidmatan, serta tidak dapat mengakses perkhidmatan di Tebing Barat kerana pembinaan tembok pemisah Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,322
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....