000000
X
PALESTIN
Satu-satunya Sekolah Palestin di "Ra’s Al-Tin" Musnah Dirobohkan oleh Tentera Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
17 Ogos 2023 | 4.04 petang
Pada awal pagi Khamis hari ini, jentolak milik pendatang Israel telah merobohkan sebuah sekolah di “Ra’s Al-Tin” yang berada di kawasan Badwi Al-Qaboun di bandar Kafr Malik, timur Ramallah.

Menurut ketua kampung Kafr Malik, Najeh Rustom berkata, pasukan tentera Israel yang dilengkapi dengan jentolak tentera telah menyerbu kawasan penduduk kampung dan merobohkan satu-satunya sekolah yang terdapat didalam kampung ini.

Tambah beliau lagi, masyarakat Badwi baru-baru ini terpaksa meninggalkan kawasan tersebut berikutan serangan pendatang haram Israel yang berulang kali ke arah mereka dan harta benda mereka.

Rustom menunjukkan kesan peninggalan sekolah yang musnah selepas jentolak Israel merobohkannya pada awal pagi ini.

Beliau menegaskan bahawa sekolah itu pernah menempatkan kira-kira 50 orang pelajar daripada beberapa bilik darjah.

Perlu ditekankan disini bahawa masyarakat Arab Badwi Qaboun pernah berada disini seramai 500 keluarga daripada Kaabneh dan Abu Kabash sebelum mereka terpaksa meninggalkann tanah mereka secara terpaksa kerana serangan pendatang Israel dan tentera mereka sehingga ke pinggir perkampungan AL-Mughayyir, Kafr Malik dan Khirbet Abu Falah, timur Ramallah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,154
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....