000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Menahan 17 Lagi Warga Palestin di Seluruh Tebing Barat, Semenanjung Gaza
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
17 0gos 2023 | 12.00 tengahari
RAMALLAH - Pasukan tentera Israel hari ini menahan 17 lagi rakyat Palestin semasa serbuan merentasi Tebing Barat dan jalur Gaza yang terkepung.

Tentera Israel menyerbu kejiranan al-Jabriyat dan menahan tiga pemuda Palestin di utara Tebing Barat. Mereka melakukan serbuan tentera di kem pelarian Nour Shams di Tulkarm, di mana mereka menahan tiga warga Palestin berusia 18 dan 16 tahun.

Sebuah lagi serbuan dilakukan di bandar Balaa, terletak di wilayah timur bandar itu dan menahan dua lagi warga Palestin, manakala di selatan Tebing Barat pula, tentera Israel menyerbu bandar Beit Fujjar, selatan Bethlehem dan menahan seorang bekas banduan.

Di Baitulmaqdis pula, polis Israel menahan lima lagi warga Palestin.

Dalam serbuan yang berasingan, seorang lagi pemuda Palestin dari bandar Surda, utara Ramallah, turut ditahan oleh tentera Israel.

Baru-baru ini, tentera laut Israel menahan dua nelayan Palestin selepas menyerang bot mereka dan merampasnya di jalur Gaza yang dikepung.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,806
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....