000000
X
PALESTIN
Dua Nelayan Palestin Ditahan oleh Rejim Tentera Laut Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
16 Ogos 2023 | 10.26 malam
Rejim tentera laut Israel menahan dua nelayan Palestin ketika mereka sedang berlayar ke laut Bandar Gaza dan menyita bot memancing mereka.

Media tempatan melaporkan bahawa rejim tentera laut Israel itu menyerang sebuah bot memancing kecil ketika ia sedang berlayar tiga batu nautika ke kawasan laut al-Waha, barat laut bandar Gaza, dan menyita bot tersebut sebelum meneruskan untuk menahan dua nelayan yang dikenalpasti sebagai Awad al-Sultan, 35 tahun, dan Ghaith Abu Awn, 26 tahun.

Sejak Oktober 2000, pusat-pusat hak asasi manusia di Gaza telah mendokumentasikan beberapa pelanggaran Israel, termasuk pembunuhan dan penyitaan bot, terhadap nelayan yang diberi izin, sesuai dengan perjanjian antara Palestin dan Israel yang dijamin oleh perjanjian antarabangsa, untuk memancing dalam lingkungan 4 hingga 6 batu nautika dari pantai.

Walaupun perjanjian yang ditandatangani antara Palestin dan negara haram Israel membenarkan nelayan berlayar hingga 12 batu nautika di Laut Mediterranean, tentera laut Israel hampir setiap hari menyasarkan serangan terhadap nelayan Gaza dan tidak membenarkan mereka berlayar lebih dari tiga batu nautika, yang menurut nelayan satu jarak yang tidak mencukupi untuk menangkap ikan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,947
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....