000000
X
PALESTIN
Israel tidak Benarkan Pembinaan Rumah dan Jalan Bagi Rakyat Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
16 Ogos 2023 | 9.30 malam
Rejim tentera Israel hari ini mengeluarkan perintah berhenti kerja pembinaan terhadap rumah, jalan, dan bangunan lain di sebelah timur Yatta, di selatan bandar Hebron di Tebing Barat selatan.

Osama Makhamreh, seorang aktivis Palestin, memberitahu media tempatan bahawa rejim Israel  telah merampas kawasan sebelah timur Yatta dan memberikan perintah berhenti kerja pembinaan kepada seorang penduduk tempatan terhadap rumah seluas 250 meter persegi atas alasan bahawa ia dibina di Kawasan C, yang berada di bawah kawalan rejim Israel sepenuhnya.

Rejim tentera Israel juga mengeluarkan perintah berhenti kerja terhadap perigi air, kumbahan, dan dinding simen bagi seorang penduduk lain. Makharmeh berkata rejim tentera Israel telah memberitahu majlis kampung Khallet al-Mayah untuk menghentikan kerja pembinaan sebuah jalan yang bakal digunakan oleh sebilangan besar penduduk di kawasan tersebut.

Tambahnya lagi, pihak rejim Israel dan kumpulan eksterimis penjajah Yahudi baru-baru ini meningkatkan serangan harian mereka terhadap penduduk di kawasan Yatta dan al-Masafer dengan mengeluarkan perintah runtuh terhadap rumah dan bangunan, merosakkan infrastruktur, dan menghalang penduduk tempatan dari membina, serta mendapat bekalan air minum, elektrik, jalan raya, dan keperluan asas lain dalam kehidupan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,450
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....