000000
X
PALESTIN
Rasa Bebas dari Sebarang Hukuman Punca Pembunuhan Berterusan Terjadi Tanpa Henti
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
16 Ogos 2023 | 12.00 tengahari
RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh hari ini menganggap bahawa pembunuhan tentera Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin adalah kerana merasakan mereka kebal daripada sebarang hukuman.

"Mesin pengganas Israel tidak berhenti melakukan lebih banyak jenayah, dalam siri pembunuhan berterusan, pembakaran, dan menghapuskan pemimpin tentera dan kalangan politik yang secara terbuka bercakap tentang kemelut itu" kata Shtayyeh dalam satu kenyataan.

Dia bertindak balas sedemikian terhadap isu pembunuhan rakyat Palestin pagi ini Mohammad Ribhi Nujoom, 25, dan Qusai Omar al-Walaji, 16, di Jericho.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan lain berkata, pembunuhan itu dilakukan tanpa menghiraukan sedikit pun undang-undang antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,513
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....