000000
X
YAMAN
Kerajaan Yaman dan Houthi Muktamadkan Perjanjian Pertukaran Tahanan
Oleh: Rusydan Yusup
21 Mac 2023 | 1.40 tengahari
Kerajaan Yaman dan Houthi telah bersetuju untuk membebaskan 887 tahanan dan bertemu semula pada Mei, selepas 10 hari rundingan di Switzerland, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa berkata pada hari Isnin, menurut laporan Reuters.

Perjanjian yang datang menjelang Ramadan menambah keyakinan untuk pembebasan selanjutnya dan penyelesaian muktamad kepada konflik itu, berikutan penyambungan semula hubungan diplomatik antara Iran dan Arab Saudi bulan ini.

Ketua delegasi kerajaan Yaman berkata, kira-kira 880 tahanan akan dibebaskan, manakala pihak Houthi berkata 181 tahanan akan dibebaskan, termasuk 15 warga Saudi dan tiga warga Sudan, sebagai pertukaran untuk 706 banduan yang akan dibebaskan oleh pihak kerajaan, menurut kenyataan awal di Twitter oleh ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Houthi, Abdul Qader Al-Murtada, dan ketua perunding kumpulan itu, Mohammed Abdul Salam.

Duta Khas PBB, Hans Grundberg, berkata perjanjian itu adalah salah satu daripada beberapa perkembangan yang memberi alasan untuk mempercayai bahawa keadaan sedang bergerak "ke arah yang betul", dan ke arah penyelesaian konflik lapan tahun yang telah menyebabkan lebih 20 juta orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Perunding berharap perjanjian "semua untuk semua" melibatkan semua tahanan yang tinggal selama 10 hari .Rundingan tersebut  diadakan berhampiran ibu negara Switzerland, Bern. Rundingan itu adalah yang terbaru dalam siri mesyuarat yang membawa kepada pembebasan banduan pada 2022 dan 2020 di bawah perjanjian pengantaraan PBB yang dikenali sebagai Perjanjian Stockholm.

Konflik di Yaman secara meluas dilihat sebagai perang proksi antara Arab Saudi dan Iran. Gabungan diketuai Arab Saudi telah campur tangan di Yaman pada 2015, selepas Houthi menggulingkan kerajaan dari ibu negara, Sana'a pada 2014.

Gencatan senjata yang ditengahkan oleh PBB pada April lalu sebahagian besarnya telah diadakan, walaupun telah tamat pada bulan Oktober tanpa pihak-pihak bersetuju untuk melanjutkannya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,641,213
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....