000000
X
YAMAN
Lagi Serangan Houthi Terhadap Pelabuhan Minyak Selatan
Oleh: Rusydan Yusup
22 November 2022 | 9.47 malam
Angkatan bersenjata Yaman yang bersekutu dengan Houthi telah menyasarkan sebuah pelabuhan minyak di wilayah Hadhramout tenggara dengan satu lagi serangan dron, sebulan selepas serangan serupa dilakukan terhadap pelabuhan yang sama. Serangan itu juga datang selepas mereka memberi ancaman untuk menyerang kapal tangki minyak antarabangsa yang dituduh "menjarah" sumber asli negara itu.

Menurut kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, terminal minyak Al-Dhabba telah diserang manakala kapal komersial terpaksa berlabuh. Kementerian Pertahanan Yaman bagaimanapun mendakwa telah berjaya memintas dron.

Seorang pegawai keselamatan memaklumkan kepada agensi berita Xinhua bahawa dron sarat bom itu menyasarkan pelabuhan minyak, tetapi tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan. Hal ini demikian kerana telah berlaku  peningkatan pertahanan berikutan serangan dron sebelum ini.

Jurucakap angkatan bersenjata sekutu Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree pula berkata bahawa angkatan tentera telah menghalang kapal tangki minyak asing daripada "mencuri" minyak Yaman.

"Angkatan bersenjata Yaman berjaya memaksa sebuah kapal minyak, yang cuba sampai ke pelabuhan Al-Dhaba di selatan negara itu, untuk meninggalkannya," tweet Saree malam tadi. "Angkatan tentera terus mempertahankan khazanah negara yang berdaulat supaya pendapatannya dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Yaman dan membayar gaji setiap pekerja di seluruh wilayah Yaman."

Selepas insiden dron bulan lepas, pegawai kanan Houthi Mohammed Bukhaiti berkata bahawa serangan itu adalah "amaran kepada komisen kapal tangki minyak yang mencuri minyak Yaman. Serangan itu tidak bertujuan untuk menyasarkan terminal."

Beliau menambah bahawa, "Pada waktu berikutnya, kapal tangki minyak akan menjadi sasaran melainkan negara yang agresif mencuri kekayaan kita berhenti melakukannya dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membayar gaji. Sebarang peningkatan aktiviti oleh musuh akan dihadapi dengan peningkatan yang sama di laut dan di darat."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,641,147
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....