000000
X
YAMAN
Krisis Ekonomi Desak Rakyat Yaman Tanam Gandum Sendiri
Oleh: Rusydan Yusup
31 Oktober 2022 | 2.02 Petang
YAMAN - Beberapa petani Yaman telah beralih kepada menanam gandum mereka sendiri kerana gangguan global menjejaskan import dan menyebabkan harga meningkat di Yaman, di mana konflik selama 7 tahun telah mendorong orang ramai ke lembah kemiskinan dan menyebabkan berjuta-juta kelaparan, lapor Reuters.

Petani, Khaled Maasar, berkata kebanyakan rakyat Yaman tidak mampu membeli gandum asing dengan harga meningkat kepada kira-kira 20,000 riyal, bersamaan dengan 33 dolar. Inflasi harga makanan telah meningkat dua kali ganda dalam masa dua tahun sahaja di beberapa bahagian negara.

"Jika petani bekerja di ladang dan ini memberinya pendapatan - maka ini adalah rahmat yang besar. Perkara inilah yang mendorong orang ramai kembali untuk menanam gandum," katanya.

Konflik di Yaman yang bermula pada 2014 dan membahagikan negara antara gerakan pimpinan Houthi dan kerajaan yang disokong Arab Saudi telah memusnahkan ekonomi dan infrastruktur asas.

"Akibat krisis Ukraine, orang yang tidak pernah menanam tanaman sebelum ini kini mula menanam (gandum) di tanah mereka," kata petani, Abdo Mohsn Sinan. "Kini orang ramai menggunakan tanah mereka, yang lebih baik daripada bergantung kepada import."

Pengeluaran gandum tempatan berskala besar di Yaman adalah mencabar kerana air pengairan adalah terhad, dan infrastruktur untuk menggunakan hujan adalah kurang.

Pada tahun 2021, Yaman menghasilkan sekitar 250,000 tan gandum. Kerajaan melancarkan projek menambah ekar untuk penanaman gandum.

"Kementerian Pertanian mesti menyokong petani dengan menyediakan (bantuan) benih dan bijirin, serta perigi dan empangan," kata Saleh Hababi, yang bekerja sebagai penjual di ibu kota Sana’a  yang dikuasai Kumpulan Syiah Houthi.

"Ini akan meningkatkan pengeluaran tempatan dan kita tidak perlu bergantung kepada import sama sekali," tambah beliau.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,640,745
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....