000000
X
YAMAN
Jepun dan PBB Tekad Bantu Penambahbaikan Pelabuhan Aden, Yaman
Oleh: Rusydan Yusup
20 September 2022 | 1.54 Petang
YAMAN - Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA) telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa Higashi Kazuhiro, Kuasa Usaha ad Interim Kedutaan Jepun di Republik Yaman dan Auke Lootsma, Wakil Residen, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Yemen telah bertukar-tukar nota mengenai projek Bantuan Geran: Projek Peningkatan Kecekapan di Pelabuhan Aden berjumlah 484 juta yen.

Sejumlah 90% makanan Yaman diimport, dan terdapat banyak kapal kargo yang membawa makanan, bahan api, bahan binaan dan barangan lain tiba di Yaman setiap bulan. Bilangan kapal kargo yang memasuki Pelabuhan Aden semakin meningkat berikutan kesukaran akses ke beberapa pelabuhan lain yang disebabkan oleh konflik, menjadikan Pelabuhan Aden sebagai kemudahan marin yang penting untuk aktiviti komersial dan kemanusiaan di negara tersebut.

Bagaimanapun, kemudahan semasa di Pelabuhan Aden tidak mencukupi untuk memproses kargo dengan lancar, dan telah menyebabkan kenaikan harga barang yang diangkut ke Yaman.

Projek ini bertujuan untuk mempercepatkan pengendalian kargo dan mengurangkan kos pengangkutan kargo dengan menyediakan peralatan untuk pengubahsuaian bangsal kargo dan pendigitalan pengurusan kontena di Pelabuhan Aden, dengan itu menyumbang untuk menyokong pembinaan semula masa depan Yaman.

Projek ini juga akan menyokong usaha Kerajaan Yaman untuk mengukuhkan fungsi bandar Aden, ibu negara peralihan. Kerajaan Jepun kekal komited untuk terus bekerja secara aktif, dengan kerjasama PBB dan negara-negara berkenaan, bagi merealisasikan keamanan dan kestabilan di Yaman.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,640,855
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....