000000
X
DUNIA
PBB Menerima Pakai Resolusi Mengutuk Keganasan Terhadap Kitab Suci
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
26 Julai 2023 | 10.15 pagi
Pada hari Selasa, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai resolusi yang mengecam semua tindakan keganasan terhadap kitab suci, sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. 

Ini berlaku susulan pembakaran dan penodaan banyak al-Quran di negara Eropah, termasuk pembakaran naskhah Al-Quran di Sweden dan Denmark, dalam insiden yang mencetuskan kemarahan antarabangsa. 

Perhimpunan Agung 193 ahli menerima pakai resolusi itu, yang digubal oleh Maghribi melalui konsensus. Teks resolusi itu menyatakan bahawa ahli-ahli Perhimpunan Agung menyesali semua tindakan keganasan terhadap orang berdasarkan agama atau kepercayaan mereka, serta sebarang tindakan sedemikian yang ditujukan terhadap simbol agama, kitab suci, rumah, perniagaan, harta benda, sekolah, pusat kebudayaan atau tempat ibadat.” 

Dalam konteks itu, resolusi berkenaan menggesa kecaman terhadap serangan yang menyasarkan Al-Quran, menggambarkannya sebagai "tindakan kebencian agama." 

Pada 12 Julai, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (berpangkalan di Geneva) mengecam pembakaran Al-Quran pada akhir Jun lalu di Sweden, walaupun negara-negara Barat mengundi menentang resolusi yang dicadangkan oleh majlis berkenaan dalam hal ini. 

Resolusi itu menggesa kecaman terhadap serangan yang menyasarkan Al-Quran, menyifatkan mereka sebagai "tindakan kebencian agama"
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,645,983
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....